Tulis Jangan Takut-Takut

New Tulis Jangan Takut-Takut

Saya terasa bagai ditampar-tampar ketika membaca naskah ini. Angan-angan mahu menjadi penulis takkan terlaksana jika tiada tindakan. Terasa mahu terus menulis apabila membaca naskah ini.
Buku ini bukan buku yang mencerita teknik penulisan, tapi merupakan himpunan anekdot yang sangat memotivasikan penulis baru. Ia mengajar kita memikir hala tuju penulisan, etika bersama team penerbitan serta realiti dunia penulisan.
A must read for all aspiring writers. InshaAllah saya akan terus mengulang baca naskah ini untuk terus segar dengan motivasi untuk menulis

- Intan Hurulaini


Harta bertambah dengan mengeluarkan zakat. Ilmu juga ada zakatnya. Ajarkan dan sebarkan. Bertambahlah ilmu di dada.

Begitu juga dengan penulis buku ini. Bukan setakat hebat menulis berpuluh-puluh buku tetapi keluarbiasaannya adalah di dalam melatih ramai penulis yang bermula dari kosong sehingga dapat menulis buku yang menjadi best seller. Di situlah kredibiliti beliau.

Penulis baru atau lama akan mendapat manfaat dari pembacaan buku ini. Penuh dengan intipati, maklumat dan ilmu.

Tidak bosan. Itu yang dapat saya nyatakan.

Kepelbagaian dihidangkan kepada pembaca. Kepelbagaian dari kandungannya. Kepelbagaian dari gaya fon/tulisannya. Juga kepelbagaian dari cara penyampaiannya. Sangat menyegarkan.

Tertarik dengan ayat di dalam salah satu babnya-
Apabila dilihat bersedia untuk ke peringkat lebih tinggi, Allah bukakan jalan (mukasurat 8). Membaca buku ini juga memotivasikan pembaca untuk menulis.

Maka jika berkeinginan menulis, timbalah ilmu, mulakan penulisan.

Tulis! Jangan takut-takut.

- Rozaini Ismail


Buku ke-60 tahun 2017 dan buku ke-300 direkodkan dalam senarai Read Goodreads! Yeay!

Buku ini bukan bacaan sekali. Akan dibuka semula dan dibaca berulang kali, terutamanya saat skrip diri perlu diperbetulkan. 

Skrip mental 2018: Novel pertama aku siap. Novel pertama aku terbit. Berat badan aku kembali ideal. 

Selamat tahun baharu, semua!

- Haira



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Free Shipping

This product qualifies for free air shipping.

2 Product(s) Sold
  • RM17.00
  • Ex Tax: RM17.00
  • Price in reward points: 17
Loading...
Loading...