Dari Syurga ke Syurga

New Dari Syurga ke Syurga

Turun naik emosi sepanjang tujuh tahun adalah sesuatu yang manis untuk dikenang. Suka duka, pahit maung, ketat goyah perhubungan antara manusia dan Tuhan turut teruji. Bukan sedikit. Anak inilah asbabnya. Anak comel yang mulus, gebu dan amat istimewa. Aiman Haziq diberi nama. Tatapan matanya boleh meruntun sukma. Senyumannya boleh melebur gelodak di jiwa. Gelak tawanya menerbang jauh resah gelisah dan gundah. Namun, tangisannya benar-benar memagut dan merentap jiwa yang lemah.

Setiap saat sejak hari kedua kelahirannya, Aiman Haziq sudah diuji. Tubuh kecilnya terus berjuang. Sakitnya tidak sekadar pandangan mata memandang. Setiap kali dia bertahan, terasa kuatnya dia berjuang untuk sebuah kehidupan. Ketika itu, terasa harapan sentiasa ada. Dia berjuang dan terus berjuang sehingga sampai detik saya terpaksa merelakan diri melepaskannya. Saya tahu, saat untuk Aiman Haziq bertemu Tuhan sudah tiba.

Tiga pasang mata menyaksikan saat-saat akhir Aiman Haziq di pangkuan. Detik-detik penuh cemas dan mendebarkan. Betapa sakitnya kematian.

Allahu ... detik itu tidak akan luput daripada ingatan, namun tidak akan mampu saya membayangkannya semula. Inilah ujian paling hebat yang Allah berikan kepada saya.

"Alhamdulillah, ya Allah. Kau ambil dia kerana Kau sayang pada hamba-Mu yang berdosa ini. Kau

hanya tinggalkan kenangan yang melekat kedap dalam hati dan ingatan."

Meskipun senyum cuba dilemparkan, hati ini sarat merindukannya. Tujuh tahun hangat

tubuhnya dalam dakapan saya. Kini, segala kesakitannya sudah hilang. Allah gantikan dengan bahagia

dan sejahtera. Saya yakin itu.

"Semoga Allah pelihara dirimu yang suci dengan rahmat-Nya yang tidak bertepi. Semoga Allah

melapangkan kuburmu seluas mata memandang agar kau riang berlari dan berkejaran bersama temantemanmu

di alam sana."

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Free Shipping

This product qualifies for free air shipping.

0 Product(s) Sold
  • RM25.00
  • Ex Tax: RM25.00
  • Price in reward points: 25
Loading...
Loading...